Sejarah terkini Mickey Mickey_Mouse

Pada 18 November 1978, sempena ulang tahunnya yang ke-50, Mickey menjadi watak kartun pertama yang meraih bintang di Hollywood Walk of Fame. Bintang tersebut terletak di 6925 Hollywood Blvd.

Bandar raya Melbourne, Australia mengadakan pesta Moomba tahunan yang diterajui perarakan di jalanan dan pernah melantik Mickey Mouse sebagai Raja Moomba (1977).[12] Walaupun amat digemari oleh ramai kanak-kanak, namun adanya pihak yang mempertikai perlantikannya. Sesetengah warga Melbourne mahu tokoh tempatan dilantik, seperti Blinky Bill si koala; ketika didedahkan bahawa Patricia O'Carroll (dari pertunjukan Disneyland's Disney on Parade) melakonkan Mickey Mouse, akhbar-akhbar Australia melaporkan "Mickey Mouse sebenarnya betina!"[13]

Selama berpuluh-puluh tahun, Mickey Mouse bersaing dengan Bugs Bunny milik Warner Bros. sebagai watak kartun popular. Apapun, pada tahun 1988, terpahatnya detik-detik terpenting dalam sejarah perfileman, apabila kedua-dua pesaing tersebut berkongsi layar dalam filem Disney/Amblin berjudul Who Framed Roger Rabbit arahan Robert Zemeckis. Disney dan Warner menandatangani perjanjian yang menyatakan bahawa kedua-dua watak berkenaan diberi masa tayangan sama rata setepat-tepatnya, tidak boleh berbeza satu mikrosaat pun.

Selain muncul dalam bentuk animasi dalam filem lakonan sebenar Roger Rabbit, Mickey membuat penampilan khas dalam rancangan televisyen istimewa The Muppets at Walt Disney World pada tahun 1990, di mana dia diceritakan sebagai sahabat lama Kermit the Frog. The two are established in the story as having been old friends. Watak-watak boneka The Muppets pula pernah mengajuk dan menyebut nama Mickey berpuluh-puluh kali sejak 1970-an. Nyata sekali, The Muppets dibeli oleh syarikat Walt Disney pada 2004.

Mickey kelihatan dalam beberapa logo beranimasi Walt Disney Home Entertainment, mulai logo "Neon Mickey", kemudian diikuti logo "Sorcerer Mickey" yang digunakan untuk judul-judul keluaran biasa dan Classics. Mickey juga muncul pada peti simpanan video pada 1980-an.

Kartun pawagam terkini sekali yang menampikan Mickey ialah filem pendek Runaway Brain pada tahun 1995. Dari tahun 1999-2004, Mickey muncul dalam beberapa keluaran video, iaitu Mickey's Once Upon a Christmas, Mickey, Donald, Goofy: The Three Musketeers, dan Mickey's Twice Upon a Christmas. Mickey belum muncul dalam mana-mana filem Disney yang bukan berasaskan karya klasik.

Banyak sekali rancangan televisyen yang berketengahkan Mickey, termasuk rancangan-rancangan terkini Mickey Mouse Works (1999—2000), Disney's House of Mouse (2001—2003) dan Mickey Mouse Clubhouse (2006). Sebelum ini, Mickey pernah ditampilkan sebagai watak ghaib dalam episod Bonkers berjudul "You Oughta Be In Toons".

Permainan video

Seperti watak-watak popular yang lain, Mickey telah membintangi berbilang-bilang permainan video, termasuk Mickey Mousecapade untuk Nintendo Entertainment System, Mickey Mania: The Timeless Adventures of Mickey Mouse, Mickey's Ultimate Challenge, dan Disney's Magical Quest untuk Super Nintendo Entertainment System, Castle of Illusion Starring Mickey Mouse untuk Mega Drive/Genesis, Mickey Mouse: Magic Wands untuk Game Boy, dan banyak lagi. Pada dekad 2000-an, siri Disney's Magical Quest dikeluarkan untuk Game Boy Advance, manakala Mickey muncul buat kali pertama dalam permainan video generasi keenam dalam Disney's Magical Mirror Starring Mickey Mouse untuk dimainkan golongan muda di Nintendo GameCube. Mickey memainkan peranan penting dalam siri Kingdom Hearts, selaku Raja Disney Castle dan pembantu kepada wira utama, Sora. Raja Mickey mengacukan "Keyblade", iaitu senjata berbentuk kunci yang berkuasa membuka mana-mana kuncian dan melawan kuasa kejahatan. Epic Mickey, yang menampilkan sisi gelap alam Disney, bakal dikeluarkan pada tahun 2010 untuk konsol Wii.

Mainan dan permainan

Pada tahun 1989, Milton Bradley mengeluarkan permainan bercakap elektronik berjudul Mickey Says, yang dilengkapi tiga mod yang menampilkan Mickey Mouse sebagai pengacaranya. Mickey juga muncul dalam pelbagai mainan dan permainan, termasuk Talking Mickey Mouse keluaran Worlds of Wonder.

Rujukan

WikiPedia: Mickey_Mouse http://www.melbourne.vic.gov.au/rsrc/PDFs/Moomba/H... http://www.bcdb.com/bcdb/cartoon.cgi?film=15&m=r http://disney.go.com/disneyatoz/familymuseum/exhib... http://disney.go.com/disneyatoz/familymuseum/exhib... http://forums.goldenagecartoons.com/showthread.php... http://www.islandnet.com/~kpolsson/disnehis/disn19... http://www.justdisney.com/walt_disney/quotes/index... http://www.theoriginof.com/mickey-mouse.html http://www.toonopedia.com/mickey.htm http://www.toontracker.com/felix/felix.htm